TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 58)
Kaherah, Mesir
Kaherah unik bagi saya. Saya bercita2 nak belajar di tanah Arab waktu di Kolej Islam Klang. Antara pilihan adalah al-Azhar di Kaherah. Saya dapat tawaran belajar di Kuwait dengan izin Allah SWT.
Semasa membuat PhD di St Andrews, saya mendapat hadiah universiti bagi kajian di Mesir selama sebulan. Saya geledah semua gerobok ilmu di sana; sarjana, perpustakaan & kedai buku. Tak puas2.
Di pertengahan 2000an, saya ditaja pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysa menghadiri satu seminar kewangan Islam di Kaherah. Saya bersama Almarhum Nik Ruslin (dalam foto), seorang pegawai kanan Pasaran Modal Islam, SC. Ramai juga peserta dari Malaysia yang datang. Antaranya John Yip (dalam foto). Beliau juga bekas pelajar saya di Diploma Kewangan Islam UIAM di tahun2 1995/1996. Ramai players kewangan Islam di Malaysia dilahirkan dari kursus ini. Mungkkn kursus diploma kewangan Islam pertama di dunia.
Sekali lagi saya mengelidah gerobok ilmu selepas sahaja seminar di hotel. Saya juga melawat Piramid kali kedua sebagai tetamu seminar. Kali ini lebih nampak matematik & fizik seni binaan Piramid. Matematik & fizik asas pembinaan & pembuatan. Kalau nak maju, kena advance tahap ilmu & pengajian matematik & fizilk. Al-Quran sarat dengan fizik.
Tahun 2010 lebih menarik. Saya kembali semula ke Kaherah menubuhkan syarikat saya Amanie Advisors North Africa. Saya ada sebuah ofis menghadap Sungai Nil di sebuah hotel di Kaherah. Kali ini saya berkesempatan bertemu dengan pemain2 kewangan Islam di Kaherah dari pihak bank pusat, sarjana & pemikir, ahli undang2, pemain2 kewangan & lain2. Saya masih ingat kami berada di atas sebuah kapal layar sewa yang kami kawal sendiri di atas Sungai Nil. Sesi sosial ini bermula jam 8 malam sampai 1 pagi. Banyak yang kami bincangkan bersama2.
Malangnya, Mesir tidak sangat membuka pintu & tingkap kepada kewangan Islam. Pasarannya amat kecil. Di tahun 2012, saya tutup syarikat ini. Sayang sekali. Dalam bisnes, kena ambil risiko kerugian. Tapi saya dah cuba.
Saya teringat kisah Nabi Yusuf. Baginda a.s. masuk ke Mesir dua kali. Kali pertama dihina. Kali kedua dipuja kerana Baginda a.s. sudah relevan. Be relevant.
MDB